IBNU HAITHAM

SEJARAH membuktikan dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana dan ilmuwan yang hebat dalam bidang filsafat, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama dan kedokteran.
Salah satu ciri pada ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu itu pada usia muda, tetapi juga dalam waktu singkat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Tokoh itu walaupun lebih dikenali dalam bidang sains dan kedokteran, namun turut memiliki kemahiran tinggi dalam bidang agama, filsafat  dan sejenisnya.
Seorang tokoh itu ialah Ibn Haitham atau di kalangan cendikiawan  Barat dikenali dengan nama Alhazen.
Ibn Haitham memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di tanah kelahirannya.
Selepas beberapa lama bekerja pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau melanjutkan pengajian dan memusatkan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu membawanya berhijrah ke Mesir. Ketika di sana beliau mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran Sungai Nil serta menyalin buku mengenai matematik dan falak.
Hasil usaha itu, beliau menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, pengobatan dan filsafat. Tulisannya mengenai mata, menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang sains di Barat.
Malah, kajiannya mengenai pengobatan mata menjadi dasar penelitian  kedokteran moden mengenai mata. Ibn Haitham adalah ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya memberikan inspirasi kepada ahli sains Barat seperti Boger, Bacon dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau adalah orang pertama yang menulis dan menemui berbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buku mengenai cahaya yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Tulisannya  banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.
Menurut Ibn Haitham, cahaya fajar berawal apabila matahari berada pada garis 19 derajat di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 derajat ufuk barat.

Dalam penelitiannnya, beliau juga menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibn Haitham melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ berhasillah teori lensa pembesar. Teori itu digunakan oleh saintis di Itali untuk menghasilkan kaca pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibn Haitham menemukan prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui hal itu 500 tahun kemudian. Ibn Haitham juga menemukan bentuk tarikan gravitasi sebelum Isaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibn Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung secara teratur memberikan ilham kepada saintis Barat untuk menghasilkan gambar. Teori beliau membawa kepada penemuan film yang kemudiannya disambung dan dimainkan kepada penonton seperti yang kita lihat saat ini.
Selain sains, Ibn Haitham banyak menulis mengenai filsafat, logik, metafisik dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya sarjana terdahulu.
Penulisan filsafatnya tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian.
Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanya satu.
Bagi Ibn Haitham, filsafat tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan keTuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fisik dan mental akan turut mengalami penurunan.
Beliau menghasilkan banyak buku dan makalah, Antara lain :
  • Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri
  • Kitab Tahlil ai'masail al 'Adadiyah mengenai algebra
  • MaKalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas mengenai arah kiblat bagi yang melakukan perjalanan
  • MaKalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak.
  • l Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi. 
  • Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori ilmu matematik dan matematik penganalisaannya
Sumbangan Ibn Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Beliau dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.
Bagaimanapun sebahagian karyanya telah dicuri dan didiambil oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau.
Kajian Ibn Haitham menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains.
Pada masa yang sama tulisannya mengenai filsafat membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu itu yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran filsafat Yunani.

Comments

Popular posts from this blog

Daftarkan Blog Anda ( Blog Directory)

Jenis - Jenis Cengkeram

RADIOLOGI KEDOKTERAN GIGI