IBNU HAITHAM
SEJARAH membuktikan dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana dan ilmuwan yang hebat dalam bidang filsafat, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama dan kedokteran. Salah satu ciri pada ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu itu pada usia muda, tetapi juga dalam waktu singkat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan. Tokoh itu walaupun lebih dikenali dalam bidang sains dan kedokteran, namun turut memiliki kemahiran tinggi dalam bidang agama, filsafat dan sejenisnya. Seorang tokoh itu ialah Ibn Haitham atau di kalangan cendikiawan Barat dikenali dengan nama Alhazen. Ibn Haitham memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di tanah kelahirannya. Selepas beberapa lama bekerja pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau melanjutkan pengajian dan memusatkan perhatian pada penulisan. Kecintaannya kepada ilmu membawanya berhijrah k...